Thursday, 7 September 2017

[ANDROID] Diabetic Retinopathy Grading System

Salam sejahtera, salam 1 malaysia, salam 1 diabetes.

Fuh setelah bertahun tinggalkan blog nih.. Tetibe terpanggil utk update balik.
So post kali nih nak cerita pasal projek yg aku dok buat kat Universiti TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) dari tahun 2015 sampai 2017.

Dulu aku intern kat UTP tahun 2013. Pastu grad keje kampeni swasta, tak sangka aku akan kembali keje di UTP. Teringin gak keje kampeni2 besar mcm DELL, IBM, SEAGATE etc. tapi belum sampai lagi jodoh. Alhamdulillah syukur masih ada keje ada gaji bolehlah hidup. Mgkin jugak rezeki aku kat PERAK nih sbb aku kene jaga parents aku. Alhamdulillah pahala dapat gaji pun dapat.

Haha ter-lari sikit dari tajuk utama post nih.

Ok so basically aku di-hired utk meng-develop aplikasi Android yg dipanggil RetinoGO.
Nama ni aku reka sendiri haha kalau tak dulu diorg panggil projek ni - Portable Diabetic Retinopathy Grading System.. Fuhh panjang terbelit2 nak menyebutnye... haha

So RetinoGO ni function dia sbenarnya utk meng-detect diabetic retinopathy iaitu sejenis sakit mata yg disebabkan oleh diabetes. Orang yg ada diabetes nih, byk kandungan gula dalam darah. Jadi saluran darah dalam mata tu mgkin pecah dan mengakibatkan penyakit diabetic retinopathy nih. Jangan main2.. boleh buat oo.

RetinoGO ni cara guna dia senang je.. basically korang tangkap gambar mata pakai Fundus Camera, then upload gambar nih dalam phone. Gambar nih kita panggil Fundus Image. Pastu image processing algorithm yg kitorg dah develop akan menentukan mata korang ok ke tak.. ada or tidak penyakit diabetic retinopathy nih.

Progression Moderate NPDR to Severe/PDR

Kalau korang nak try bolehlah download dari link nih:
Muatturun di Google PlayStore:
RetinoGO - PlayStore

Aplikasi RetinoGO nih memerlukan ilmu dalam image processing, android development dan hardware and software optimization. Konsep dia basically senang je.. kita calculate area Foveal Avascular Zone. Semakin besar area nih maksudnya semakin teruk Diabetic Retinopathy.

Nanti aku update balik post nih... ada lak Encik Fazli panggil minta tolong buat ISO dia haha. BRB